Monday, August 15, 2011

Kebosanan Di Pejabat

agak2nya kan..apa yang kamoo lakukan sekiranya kamoo bosan ditempat kerja or pejabat??

1. dok layan FB --> lama2 pun bosan gak

2. dok termenung sambil mata terkedip2 --> last2 mungkin t'tido dengan mata terbukak

3. dok tongkat dagu --> tongkat dagu sampai jatuh

4. dok melahar FB orang --> dulu mungkin ya la kot..haha

5. tengok diri sendiri dicermin --> dapat apa?

6. dengar orang bercakap?? --> ishk xelok kot..xbaik tau

7. dok mesej ngan gf/bf?? --> mungkin..hahhaa

8. dok bergayut telefon --> xley lama2 tau nanti kantoi

9. dok fikir masa depan?? --> haaaa..yang ni betul

10. fikir lambang $$$$$ --> betul jugak..aiiyaa..

hurm agak2 orang lain buat apa ya???

Menghitung Hari

wah...makin lama makin tak sabar rasanya..tiap2 ari dok tengok kalendar..dok kira ari..kira jam, minit, saat..wah betul2 xsabar gamaknya..bukan menghitung ari nak kawin tau tapi menghitung ari nak balik kampung halaman tercinta..nak balik raya la katakan..mana xsemangatnya..ekekee..almaklumlah da lama tak balik kampung halaman..kuage pun da lama xjenguk..just kol..bukan aku lupe pada family tapi xderk pluang nak balik kampung halaman..maklumlah skrang da keje..kalau time study dulu bole dikatakan every month la blik klu ada pluang dan ada duit..bukan senang tau nak dapat cuti kalau da keje..huhuhu

tapi kata orang kite xley la terlalu hepi sangat..kite xtau kan tuk ari yang akan datang..betul tak??tapi apa2 pun aku berharap semuanya selamat..hepi hepi gak..keselamatan dijalan raya pun kena fikir gak..semoga perjalanan ku kali ni selamat..cewahhh cam nak balik skng kn..??padahal ada masa 11 ari lagi aku nak balik kampung..tapi aku tak tau nape..kali ni aku rasa nak sangat2 beraya ngan famliy..targetnya tahun ni nak ciptakan kenangan manis bersama family tercinta..rindu sangat2 kat diorang..

bile dengar lagu balik kampung yang didendangkan oleh arwah sudirman..makin berkobar2..tapi sayu pun ada bile dengar lagu tuh..hurm apa2 pun tahun ni aku cuba ingin menggembirakan kuage aku..kenangan manis pasti akan tercipta..

Saturday, August 13, 2011

Angan-angan Gadis Berselendang Kuning

hurmm...aku ni suka sangat berangan nak bukak bisnes sendiri..tapi smpai skng masih xderk pe2 lagi..tapi dalam usaha..walaupun angan2 tapi jauh disudut ati aku, aku mengharap ada bisnes sendiri..kalau ada bisnes sendiri bole tambah pendapatan..almaklumlah skang ni kan zaman duit..bak kata orang..'no money no talk'..hurm zaman skng semuanya perlu duit..nak buang air kecil pun nak kena bayar..kalau kat lua la..kalau kat uma xpelu la kot..tapi xtau la kan kot2 kat uma pun kena bayar..ekekekeke...

aku ni da lama da berangan nak bukak salon kacantikan sendiri tapi bukan senang..kalau nak harapkan angan2 tu memang la senang..bak kata orang angan2 mat jenin.huhuhu..tapi kalau bole aku nak buktikan yang angan2 aku tu jadi kenyataan satu hari nanti..kalau setakat makan gaji mmg xcukup la..skng pun da ramai orang bukak bisnes sendri..ati aku ni betul2 meronta nak uat bisnes sendiri..maklumlah aku ni suka sangat pasal bisnes ni..kalau ikut kajian melalui tarikh lahir..aku jatuh pada no. 6..no 6 ni orang yang suke duit.otaknya selalu pk duit dan bisnes..nak percaya sangat pun xboleh gak tapi ada betul gak.. sebab aku kenal siapa diri aku..otak aku ni dari skolah lagi da pk sal bisnes..fikir sal nak bukak bisnes sndri..

dalam idop aku ni..aku cuma minat pada 2 benda jerk..fotografi ngan kecantikan..urm kalau 2 benda ni..mmg aku mnat sangat2lah..kalau kecantikan ni dari kecik lagi aku ni memang suka melawa..xkira la mana aku g mesti nak melawa..kalau tak melawa tak senang nak duduk..lagi satu aku jadi tak yakin pada diri sendiri..pegi skolah pun aku mekap..orang len xmekap..huhuhu..kalau bab fotografi ni..sejak aku belajar kat kolej..dari situ la timbulnya minat aku pada fotgrafi..dari ftgrafi gak ada kecantikannya..cnthnya kcantikan alam, flora fauna dan macam2 lagi la..kecantikan...betul tak??

Rindu pada 'tembakan' DSLR

hurm rasanya da lama aku xpegang DSLR aku tuh..agak2 bile pulak aku nak pegang DSLR aku tuh..bukan setakat pegang je tapi aku nak 'tembak' pe yang menarik di mata aku..rindu pulak nak gi 'menembak'..'menembak' bukan menggunakan senapang tau..tapi guna kamera..'menembak' tu istilah bagi kaki yang minat pada fotografi..kebanyakan orang yang minat fotografi ni dorang jarang menggunakan perkataan tangkap gambar or amik gambar..tapi mesti dorang akan cakap 'menembak'..

last aku gi 'menembak' sebelum pose ari tu kat zoo negara..yang pasti ari sabtu tarikhnya pulak aku lupe..hurm ada la 2 3 keping gambar yang aku shot..nanti aku upload gmbar aku aku 'tembak' tuh..bukan senang nak cari komposisi yang elok..maklumlah aku ni budak baru nak belajar.kadang2 xbole nak nampak lagi komposisi mana yang nampak menarik..aku cuba nak belajar bukan xnak cuba..tapi aku ni ada satu masalah yang aku sampai skng xley nak ubah..klu rasa da give up aku mula la xnk uat..tapi aku sedar kalau aku tak paksa diri aku sampai bile aku nak berjayakan??aku pn nak berjaya ga..cemburu tau bile tgk orang len boley berjaya sedangkan aku sendiri terkapai2..tapi kalau cemburu dalam kejayaan xpe..Tuhan tak marah...huhu..

hurm ni gmbar yang aku 'tembak' kat zoo..







hurm ni la hasilku yang xseberapa ni..masih dalam tunjuk ajar lagi dan masih ingin belajar...kalau ada yang sudi tunjuk ajar dan ingin mengajar aku mengalu-alukan..hehehe

Thursday, August 11, 2011

Apa Itu Cantik???

kita mesti suka tengok sesuatu yang cantik bukan?tapi kita tau tak apa maksud cantik yang sebenarnya? kita semua mesti nak tau kan??????jom kita tengok apa maksud cantik yang sebenarnya.tapi macam biasalah...baca boleh...ingat mesti....tapi yang benar hanya datang dari Allah s.w.t dan yang buruk semestinya lahir dari diri kita sendiri..

Okey..jom kita tengok Apa Itu Cantik??

C= CANTIK ITU LAHIR DARI HATI YANG JUJUR DAN IKHLAS

A= ANGGUN ITU LAHIR DARI BUDI PEKERTI YANG MULIA.

N= NAWAITU(HAJAT) ITU MESTI IKHLAS DALAM APA JUA YANG DI HAJATI

T= TENTUKAN MATLAMAT SEBELUM BUAT SEBARANG KEPUTUSAN

I= IMPIAN AKAN TERLAKSANA DENGAN USAHA YANG KUAT

K= KEJUJURAN ADALAH ASAS KEPADA KEJELITAAN


tapi saya ingin meyentuh sedikit mengenai wanita + kecantikan..kebanyakan wanita hanya mementingkan kecantikan pada raut wajah sahaja tapi mereka sering lupe tentang kecantikan dari dalam.

Monday, August 8, 2011

Baju Raya

Bulan ni bulan Ramadhan bulan yang mulia. Seperti yang kita tahu, umat Islam mula sibuk mencari baju raya, kasut raya macam2 lagilah keperluan tuk sambut ari raya nasib baik jalan raya jerk xley uat raya. hehehehe...kalau tang baju raya ada yang beli baju da siap jahit..ada yang beli kain dan tempah jahit. kalau nak tempah jahit kenala tempah awal2..kalau da lambat alamatnya xdapat la jahit baju.

cam aku pulak, sepasang aku beli baju yang da siap jahit..dua pasang lagi g tempah.tang g upah jahit ni yang bermasalah..memang uat aku hangin ngan service die. 1st aku g anta...aku gtau jns baju cma ner yang ak nk..siap bwak sampel lagi tuh..cuma tukar bntuk leher jerk..2minggu lps tu, orang kedai tu mesej aku gtau baju da siap..pe lagi semangat giler la aku nak g amik baju..baju baru katakan..semangat berkobar-kobar time tuh.. 2 3 ari lepas tu aku amik baju yang dikatakan da siap..sampai jerk kat kedai 'whatever' tu, pekerja kat situ kasi baju kat aku..kat kedai aku cuma sempat cek keronsang jerk..alih2 ada la 'kacing' yang diorang lupe nak pasang..okeylah aku maafkan...biasalah kita sebagai manusia biasa seringkali terlupe..sama gak cam aku..aku pun kadang-kadang terlupa gak..hehehe..aku pun balik memandangkan pekerja kat situ cakap suh au datang belah malam pulak..aku pun balik la..lagipun time tu penat sangat2 kn..pada belah malamnya aku melangkah pulak ke kedai 'whatever' tuh..time tu hepi gilerbile baju raya setle..sampai jerk umah aku terus try baju raya tu..try punya try sepasang baju leher langsung xley masuk..bile da xley masuk maknanya memang xley pakai la..memang sakit ati..try baju yg ke2 pulak...mak aii bahu besar giler..leher pulak ketat sikit..sakit giler ati aku time tuh..xpe aku sabar..aku tunggu hari esoknya..

keesokannya, aku g skali lagi kt kedai 'whatever' tu mintak die repair balik baju aku tuh..time tu elok gak la aku cakap ngan orang tu...laupun ati aku panas tahap dewa..xpe aku kasi peluang kat die..kali ni aku harapakan dorang dapat uat yang terbaik tuk baju aku..dorang cakap siap dalam masa seminggu..okeyla kata aku..aku kasi masa lebih tuk dorang2 semua tu..tuk kali ke3 aku g kedai tu, baju aku masih lum siap lagi..boley pulak dorang cakap lum siap lagi..suh aku datang 2 3 ari pulak...aku senyap jerk malas nak cakap banyak..

semalam pulak aku dapat mesej yang berbunyi ::adik baju adik da siap, nanti bole amik :: so petang pas aku abis kelas mekap aku pun terus la g kt kedai 'whatever' tuh..sapai jerk kt kedai tuh aku tanya la kat sorang adik ni yang jaga kedai maknya..bile adik tu kasi baju aku..pe lagi aku cek la..cek punya cek baju sample yang aku hantar xderk la pulak..mulut aku pun mulala jadi xderk insuran sikit demi sikit..ak tau budak tu xbsalah..sbb tu aku mnls sangat nak membebel...so aku balik la uma..cam biasa la balik uma mesti la nak try baju kan????aku pun mula la try baju..alih2 ada problem lagi kt baju tuh..aku pun mulala hangin satu badan..satu baju leher bole masuk tapi ad problem len..leher baju besar sebelah..jadi bahu aku pun besar sebelah la..aku pun try baju yg satu lagi..xleh masuk..sampai telinga jerk..aku pun mula hangin giler2..aku tukar baju terus g kedai tu balik..nasib baik kedai ngan uma dekat jerk..kalau jauh mmg kena tunggu 2 3 ari la jawabnya..

sekali lagi aku menapak kat kedai 'whatever' tuh..haaaaaaaa........time ni memang aku geram+marah yang teramat sangat..aku mula mengamuk la ngan orang kedai tuh..jahanamlah baju aku..kalau cam ni la gayanya..1st and last aku g tempah baju kat 'whatever' tuh..service cam orang xnk uat bisnes..kalau cam ni la,..boley lingkup..so skng ni..aku tengah tunggu baju aku tuh siap..xtau la pe jadi ngan baju aku tuh...gggrrrrrrrrrr!!!!!!!!!

P/S : jangan upah baju kat kedai yang kita xpernah upah...nanti jahanam baju kita dikerjakan..

Saturday, August 6, 2011

Manusia + Masalah

Kita sebagai khalifah dimuka bumi mesti banyak dugaan dan cabaran dalam hidupkan? Tak kira la dari segi apa sekali pun. Kalau manusia xderk masalah bukan hidup namanya.. Bila kita sebagai manusia mempunyai sesuatu masalah dari situ la kita akan mengenali siapa diri kita.. Macam mana cara hidup kita..Macam mana cara kite berfikir.. Macam mana cara kite menyelesaikan sesuatu masalah. Dari situlah kita mula menyedari bahawa kerdilnya kita sebagai manusia di atas muka bumi ini. Dari situ jugaklah keinsafan mula merangkak dalam diri kita.


Seperti aku jugak. Aku pun tak terlepas dari masalah. Walaupun orang tengok aku dari luaran tidak mempunyai sebarang masalah tapi dikotak fikiranku berjuta-juta masalah yang aku fikirkan. Bukan senang tuk kita jadi sorang manusia yang cukup sempurna dan tak derk sesiapa pun yang sempurna di dunia. Cam biasalah kotak fikiran aku giat berputar boley dikatakan cam roda putarannya. Terlalu berat otakku untuk simpan segala masalah. Kalaulah otak boleh format cam memory card kan senang..Format ajer..huhuhu....


Masalah owh masalah...